Sunday 16 September 2012

Dari mana datangnya DENGGI ?

D.E.N.G.G.I
Ada orang kesah tapi... ramai yang tidak kesah.
Agaknya sebab dah terlalu kerap dengar tu yang jadi tidak kesah.
 
 
Adakah kawan-kawan tahu sekiranya kawan-kawan tidak mendapatkan rawatan segera denggi
BOLEH MEMBAWA MAUT!
 
dan sampai sekarang semenjak denggi ditemui masih TIADA VAKSIN untuk denggi.
 
Agaknya dari mana datangnya denggi?
 
Denggi ni datang dari nyamuk aedes betina.
 
Jadi sesiapa yang digigit oleh nyamuk aedes betina yang membawa virus denggi akan dijangkiti demam denggi.
 
Nyamuk aedes ada 2 jenis :
1) Nyamuk aedes aegypti
2) Nyamuk aedes albopictus
 
Macam mana rupa nyamuk tu? Tengok dekat bawah ni.
 
 
Nampak seperti serupa tapi lain.
 
Sekarang kawan-kawan sudah tahu denggi datangnya dari nyamuk aedes betina yang membawa virus.
 
Jadi, APA TUNGGU LAGI?
Pastikan tiada tempat pembiakan nyamuk di dalam atau di luar rumah kawan-kawan terutamanya pada musim hujan.
 
 
 
 



1 comment: