Tuesday, 25 September 2012

Jom Hapuskan AEDES!!!

"Arggggg gatal...nyamuk jaga kau"
Kalau ada nyamuk dan ada jentik-jentik mestilah kena gigit
Kalau tak nak kena gigit senang je

MACAM MANA?

Apa lagi? 
PERTAMA : KURANGKAN TEMPAT PEMBIAKAN JENTIK-JENTIK

KEDUA: HAPUSKAN NYAMUK

Banyak cara untuk mengelakkan pembiakan jentik-jentik, antara cara tersebut ialah :

1. MEMBERSIHKAN tempat pembiakan jentik-jentik

2. MENABUR racun abate ke dalam takungan air

3. MENUANG titisan minyak bayi atau garam di dalam takungan air

4. MEMBELA ikan kecil yang makan jentik-jentik di dalam takungan air

5. MENUTUP rapat setiap kawasan takungan air

6. MENANAM tin-tin kosong dan tayar yang tidak digunakan

7. MENELANGKUPKAN semua bekas yang boleh menakung air jika tidak digunakan


Bagaimana pula cara untuk menghapuskan NYAMUK DEWASA?

Ada TIGA cara menghapuskan nyamuk dewasa:

1. Menyembur SEMBURAN BERKABUS di kawasan perumahan

2. Menyembur RACUN SERANGGA / AEROSOL 

3. Memasang UBAT NYAMUK

Sunday, 23 September 2012

Berita Denggi 2012

Berita Harian 21 September 2012
4 negeri diminta tingkatkan pencegahan demam denggi

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/4negeridimintatingkatkanpencegahandemamdenggi/Article


Kosmo! Online 14 September 2012


Kosmo! Online 24 Ogos 2012
332 kes denggi dilapor dari 12 hingga 18 ogos

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0824&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_01.htm


Berita Harian 26 Julai 2012
319 kes denggi dilapor minggu lalu

http://www.bharian.com.my/articles/319kesdenggidilaporminggulalu/Article/


Eyesnews 14 Julai 2012
Guru di Perak korban terbaru demam denggi

http://eyesnews.wordpress.com/2012/07/14/guru-di-perak-korban-terbaru-demam-denggi-bernama/

Sinar Harian 6 Julai 2012
Denggi: 24 kematian Januari - Jun 2012

http://www.sinarharian.com.my/semasa/denggi-24-kematian-januari-jun-2012-1.64253


TV3 Stesyen TV Portal Pertama 22 Jun 2012
Kes demam denggi meningkat

http://www.tv3.com.my/beritatv3/berita_terkini/Kes_Demam_Denggi_Meningkat.html


Malaysia Transform 24 Mei 2012
405 kes demam denggi dilapor pada minggu ke-20

http://www.malaysiatransform.com/index.php/berita/umum/1112-405-kes-demam-denggi-dilaporkan-pada-minggu-ke-20


Bernama 29 Mac 2012
Jumlah kes demam denggi menurun pada minggu ke-12 2012

http://web7.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=655777


Bernama 15 Mac 2012
Jumlah kes demam denggi menurun pada minggu ke sepuluh 2012

http://web7.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=652371


Sinar Harian 11 Mac 2012
208 premis biak jentik-jentik

http://www.sinarharian.com.my/semasa/208-premis-biak-jentik-jentik-1.31212


Pusat Berita Cari 4 Mac 2012
Kes kematian akibat denggi makin meningkat

http://berita.cari.com.my/news.php?id=24597

 

Monday, 17 September 2012

9 Tanda Denggi.

Aduuuuuuh!!! sakitnya tulang-tulangku , rasa tak larat nak bangun dari katil.
Alamak!!! panasnya suhu badan....eiii baik minum banyak air nanti kena cucuk masuk air pulak.
Rasa terbakar biji mata rasa macam nak cabut rendam dalam air.
 
Itulah antara simptom-simptom demam denggi.
 
Demam denggi adalah antara demam yang berbahaya kerana pesakit yang TIDAK dirawat segera boleh MEMBAWA MAUT.
 
Jadi apabila anda demam dan mendapati ada tanda-tanda denggi
CEPAT-CEPAT LA DAPATKAN RAWATAN
 
 Ada SEMBILAN tanda denggi

1.LOYA DAN MUNTAH-MUNTAH

2. SAKIT OTOT DAN SENDI YANG TERUK

3. RUAM DAN GATAL-GATAL

4. SAKIT KEPALA YANG TERUK

5. SAKIT BAHAGIAN BELAKANG BIJI MATA

6. SAKIT PINGGANG YANG TERUK

7. SAKIT PERUT

8. CIRIT-BIRIT

9. DEMAM MENGEJUT
 
 
 
 
 
 
 


Sunday, 16 September 2012

Beza Denggi & Aedes

Kalau sebut D.E.N.G.G.I orang mesti ingat A.E.D.E.S
Kalau sebut A.E.D.E.S mesti orang ingat D.E.N.G.G.I
 
Ye la bak seperti yang selalu orang katakan
 
TIADA AEDES TIADA DENGGI
macam poster di bawah ni
 
 ini bermaksud aedes la pembawa denggi tu.
Seperti yang dibincangkan dalam blog yang lepas nyamuk aedes betina adalah vektor atau pembawa penyakit denggi.
 
Jika tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes dihapuskan dan dibersihkan maka kurang la pembawa demam denggi ni.
 
Nyamuk aedes suka membiak di dalam takungan air yang JERNIH dan di TEMPAT REDUP. Hanya SESUDU air sudah cukup untuk nyamuk aedes bertelur.
 
Jadi kawan-kawan
JANGANLAH SUKA BUANG SAMPAH MERATA-RATA
sebab
sampah yang menakung air seperti bekas pelastik, bekas minuman, polisterin dan sebagainya boleh menakung air apabila hujan turun.
 
Tabiat segelintir masyarakat kita yang boleh menjadi punca pembiakan aedes berleluasa

 

Jadi bila sudah jelas perbezaan AEDES dan DENGGI
dapatlah dismpulkan
 
JOM HAPUSKAN TEMPAT PEMBIAKAN AEDES
KERANA IA MENCEGAH DENGGI
 

Dari mana datangnya DENGGI ?

D.E.N.G.G.I
Ada orang kesah tapi... ramai yang tidak kesah.
Agaknya sebab dah terlalu kerap dengar tu yang jadi tidak kesah.
 
 
Adakah kawan-kawan tahu sekiranya kawan-kawan tidak mendapatkan rawatan segera denggi
BOLEH MEMBAWA MAUT!
 
dan sampai sekarang semenjak denggi ditemui masih TIADA VAKSIN untuk denggi.
 
Agaknya dari mana datangnya denggi?
 
Denggi ni datang dari nyamuk aedes betina.
 
Jadi sesiapa yang digigit oleh nyamuk aedes betina yang membawa virus denggi akan dijangkiti demam denggi.
 
Nyamuk aedes ada 2 jenis :
1) Nyamuk aedes aegypti
2) Nyamuk aedes albopictus
 
Macam mana rupa nyamuk tu? Tengok dekat bawah ni.
 
 
Nampak seperti serupa tapi lain.
 
Sekarang kawan-kawan sudah tahu denggi datangnya dari nyamuk aedes betina yang membawa virus.
 
Jadi, APA TUNGGU LAGI?
Pastikan tiada tempat pembiakan nyamuk di dalam atau di luar rumah kawan-kawan terutamanya pada musim hujan.